Aku, hujan, dan pelangi

Aku, hujan, dan pelangi

Thursday 21 July 2011

Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya, kursus Inovasi BM Melalui TMK yang kami jalani selama 4 minggu ini, hanya tinggal sehari sahaja lagi, akan sampai ke penghujungnya, Insya-Allah. Pengalaman menjalani kursus ini bagaikan menemui selonggok harta karun. Amat bernilai, cukup berharga. Hanya boleh dapat jika dicari, diselongkar, dan diteroka. Demi mendapatkannya, kita perlu ada niat, usaha yang berterusan, serta doa dan tawakkal. Semoga benih-benih ilmu yang diperolehi dalam program keilmuan seumpama ini dapat dicambahkan ke lapangan yang betul dan menjadi wadah yang bermanfaat kepada semua pihak. Insya-Allah.  

No comments:

Post a Comment