Aku, hujan, dan pelangi

Aku, hujan, dan pelangi

Sunday, 17 July 2011

Enjin Carian Google

Tarikh / Masa : 01 Julai 2011
Fasilitator        : YM Raja Shaharudin Bin Raja Mohamad

Bagaimana Cara Enjin Carian Google Beroperasi?
§  Seperti yang kita tahu,  seacrh engine yang paling popular di Internet ialah Google. Ya , hampir 70% pengguna internet di seluruh dunia menggunakan enjin carian Google untuk membuat sesuatu carian. Namun dalam kalangan itu, masih ramai yang tidak tahu bagaimana Google bekerja dan memberi informasi berguna kepada anda.
§  Tak kiralah anda mencari kata kunci seperti “panduan membina blog“, “cara membuat akaun paypal” atau apa sekalipun, yang pastinya bila anda klik butang search Google, secara automatik Google akan memberi cadangan laman web yang berkaitan dengan kata kunci yang anda cari.Secara asasnya, enjin carian akan melakukan 4 pekerjaan untuk mendapatkan hasil pencariannya , iaitu – crawling, indexing, processing, calculating relevancy dan retrieving.

ü  Crawling
Pertama sekali, enjin carian akan crawl laman web untuk melihat kandungan yang terdapat di laman web. Tugas crawling ini bukan dijalankan oleh manusia, tetapi akan dijalankan oleh suatu software atau spider ( Googlebot iaitu spider Google , Yahoobot iaitu spider Yahoo). Sememangnya kewujudan spider ini memang terbukti. Mungkin anda akan terlihat kewujudan spider ini pada bahagian ‘whos’ online”, dimana suatu bahagian yang terdapat pada setiap forum. Spider ini akan menerusi laman web tersebut serta mengindex kandungan yang terdapat di sana.

ü  Indexing
·         Ok selepas operasi crawling, langkah selanjutnya ialah operasi indexing. Operasi indexing ialah proses mengenalpasti kata kunci yang sesuai untuk menggambarkan kandungan yang terdapat pada sesuatu laman web.Sebagai cara untuk mempercepatkan laman web kita terus diindex oleh enjin carian,  anda mestilah mendaftarkan laman web/blog di enjin carian sebagai cara “makluman” kepada Google. Antara caranya ialah, hantarkan laman web/blog anda ke http://www.google.com/addurl.html.
·         Atau sekiranya anda ingin mengetahui cara lain, bolehlah rujuk post saya terdahulu : Cara Pantas Index di Google Sebagai pelengkap post ini, disertakan video dari orang Google sendiri iaitu Matt Cutt, yang akan menerangkan Bagaimana Enjin Carian Google beroperasi seharian.

No comments:

Post a Comment